Saturday, February 15, 2014

Butterless Chocolate Cake With Chocolate Buttercream decorated with KitKat and M&M

Assalamualaikum.

16th february birthday syasya, tapi kitorang saja nak surprise awal.. and we bake this cake for her early birthday surprise! here's the recipe.






Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak


Actually i've uploaded the recipe back then, x ingat dah bila, here's the link Butterless Chocolate Cake

and for the chocolate buttercream

1 cawan butter (Buttercup brand)
3 sudu besar margarine (Brand Planta)
1 cawan coklat masakan (cairkan guna cara double boiler,kalau x tau google hehe, better guna brand yang bagus mcm Van Houten atau Hersheys untuk rasa yang lebih umph! guna dark chocolate ok, kalau guna yang cadbury punya chocolate tu manis menekak la jawabnya)
1 1/2 cawan gula icing (di ayak terlebih dahulu)
1 sudu teh esen vanilla

cara-cara
1. masukkan kedua-dua jenis butter ke dalam mixer, putar sampai sebati and creamy. texture dia cantik lembut berkrim.
2. then, masukkan esen vanilla. putar sebati.
masukkan coklat masakan yang dah dicair dan disejukkan ke room temperature. Putar sebati. (its important to ensure the chocolate is cooled to room temperature. kalau masuk panas-panas maka akan cair lah adunan butter anda tadi ya)
3. Masukkan gula icing yang telah di ayak dan putar lebih kurang 10 ke 15 minit atau sehingga gula tu tadi dissolve ke dalam butter tersebut. dan tada! siaplah chocolate buttercream tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...