Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==========================
** Topping **
1 cawan coklat masakan
1 1/2 sudu makan butter
==========================
Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
Untuk toppingnya.. satukan semua bahan dan cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
inilah hasilnya.. memang lembut.. sedap ke tak? try dulu baru tau sedap ke tak.. hehehh... this is the best recipe so far for chocolate cake... selamat mencuba! (that is so cliche kan -_-')haha
No comments:
Post a Comment