Thursday, November 3, 2011

Biskut Maizena untuk hari raya aidiladha!

Biskut maizena ni memang sedap.. lemak2 mcm biskut semperit pun ada.. tapi x serapuh semperit... resepi ni diperolehi dari kotak tepung maizena (jenama tepung jagung)...  jadi.. saya bagi resepinya ya....

Bahan A:
240 gm mentega
100 gm gula aising
1/2 camca teh esen vanila

Bahan B: (Diayak semua sekali)
150 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
50 gm tepung beras
1/8 camca teh garam

hiasan:
120 gm coklat masakan yg di cairkan

Cara2 membuatnya:
1. Pukul mentega, gula aising dan esen vanila sehingga kembang. 
(kembang bermaksud adunan bertukar menjadi warna yang agak putih)
2. Masukkan campuran tepung yang telah diayak.gaul sebati.
3. canaikan doh dan terapkan mengikut bentuk yang anda sukai.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 ke 20 minit.
hingga kuning keemasan.
5. Untuk hiasan, bolehlah celupkan dengan coklat masakan..

disebabkan coklat masakan di rumah dah habis, and hari hujan susah nak ke kedai... tiada coklat masakan yg diletakkan.... hehhe... but! what ever it is, this cookies is best served with a cup of hot coffee :)





okay... good luck!! :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...