haaa.... baru je lepas buat kuih koci... nyum2.... sedang elok je rasanya... x manis sangat, x tawar... elok2 je... x liat.. elok lembut je... eemmm nyum nyum... saya bagi resepi dulu baru tgk gambarnya ye... hehehee
Bahan-bahan Doh:
250 gm tepung pulut (bersamaan dengan satu bekas tau fu fa,dah buat eksperimen da... :)
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
Bahan-bahan inti:
1 biji kelapa parut
Seketul gula melaka
Daun pandan
1/2 cawan air
1/2 cawan Santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang yg dibasuh dan dilayar atas api..
potong daun pisang 7 x 7
sedikit minyak masak untuk disapukan keatas daun pisang
cara membuatnya :
1. buat inti dulu.. tuang air kedalam kuali,
2.masukkan seketul gula melaka yang telah dipecah-pecahkan.
3.setelah gula larut, masukkan daun pandan dan kelapa parut.. kacau sehingga rata..
(kalau x cukup air, boleh la tambah air sikit)
4.kacau sampai kelapa tadi agak kering dan tidak basah... sesedap rasa saja.
5. angkat dan ketepikan
cara membuat doh:
1. satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam di dalam satu mangkuk.
2. tuang 1 cawan air dahulu. kemudian, gaul dengan tangan,
kalau x cukup air, baru lah masukkan 1/2 cawan air lagi....
3. gaul sehingga menjadi doh. jangan terlampau kental pulak doh tu mcm nak buat roti,
kalau kita dah boleh buat bulat dari doh tu pun dah okay...
ingat! kalau tambah2 tepung pulut banyak sangat takut nanti dia liat pulak..
daun pisang:
potong daun pisang ikut ukuran, kemudian sapukan minyak pada permukaan daun pisang tadi,
supaya kuih koci lebih mudah dimakan dan tidak melekat-lekat pada daun pisang.
santan pekat:
campurkan santan pekat dengan 1/2 sudu teh garam.
panaskan pengukus sehingga air mendidih.
cara nak membalut kuih koci:
1. ambil sedikit doh, buat kan bulat kecil sikit dari bola ping pong..
2. leperkan doh atas tapak tangan.
3. taruk inti diatas doh berkenaan.
4. ambil lagi sedikit doh, kepal2 kan guna sebelah tangan, then, leper2 kan dan letak atas inti tadi.
5.kemudian, kepit-kepitkan tepi2 dia. lekatkan doh bahagian bawah dengan bahagian atas.
6. bila dah elok cantik tertutup, letakkan atas daun pisang yg telah disapukan minyak itu tadi.
7. taruk satu sudu teh santan pekat tadi dan balutkan seperti balut nasi lemak.
8. kemudia, kukuskan di dalam pengukus yang telah panas tu tadi. kukus selama 15 ke 20 minit.
9. kemudian.... tadaaaaa
okay.. selamat menjamu selera semua :)
thanks for reading...
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment