Thursday, August 1, 2013

Resepi Kuih Raya 2013: Kuih Tart Nenas Bentuk Bunga


 (ada yg sapu kuning telur, ada yg tak)


Resepi Kuih Tart Nenas Bunga

Bahan-Bahan:
300gm tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar Gula Icing *
200gm butter
2 kuning telur

Kuning telur dan pewarna kuning untuk hiasan.

Inti jem nenas segera/atau yg buat sendiri (saya guna segera je)

Cara-Cara:
1. Sebatikan dan ayakkan bahan-bahan yang bertanda *.
2. Kemudian, masukkan mentega. (saya guna jenama Planta kerana lebih lemak)
3. Gaul/Ramas tepung bersama mentega dengan hujung jari sehingga berderai.
4. Kemudian, masukkan kuning telur dan satukan hingga menjadi doh. 
5. Canai doh tersebut dan terap menggunakan acuan penerap biskut tart bunga.
6. Bulat-bulatkan inti jem nenas, leper kan sedikit dan letak di tengah doh tart yg telah diterap.
7. Sapukan kuning telur yg dicampur sedikit pewarna kuning dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit. 

(Suhu dan masa bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Oven I panas, so guna 150 darjah celcius) keep on checking your kuih, jangan leka ya nanti hangus tak cantik,mihihi)

Kuih Tart ni tidak rasa bersusu.kalau beli kat kedai mesti ada rasa susu susu tu, i tak suka sgt. bila dimakan, adunan tepung dia tu wangi, lembut dan tidak terlalu melampau kerapuhannya.. kalau buat jem sendiri mesti bertambah sedap. selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...