Resepi Biskut Mazola/Biskut Kacang
Bahan-bahan:
1. 110 gm Gula Castor
2. 250gm Tepung Gandum
3. 1/2 sudu teh Garam
4. 1 sudu teh Baking Powder
5. 200gm Kacang tanah yang telah dikisar halus (kacang dibasuh, kemudian digoreng tanpa minyak, dibuangkan kulitnya, seterusnya dikisar sehalusnya)
6. Minyak Mazola secukupnya
7. Kuning telur dicampurkan sedikit pewarna kuning
8. Kacang tanah digoreng tanpa minyak, dibuang kulitnya sebagai hiasan
(Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius sebelum menyediakan bahan)
Cara-Caranya:
1. Ayakkan bahan-bahan nombor 1 hingga nombor 4.
2. Masukkan kacang yang dikisar ke dalam bahan-bahan yang telah diayak. Gaul sebati menggunakan whisk.
3. Tuang minyak mazola secara berperingkat dan gaulkan. Tuang sedikit demi sedikit sambil menggaul menggunakan tangan untuk merasai teksture yang sesuai.
4. Apabila adunan sudah tidak berderai dan melekat antara satu sama lain, bolehlah mula membentuk adunan untuk dibakar.
5. Bentukkan adunan mengikut bentuk sphera ( separa bulat)
6. Sapukan kuning telur tadi diatas adunan yang dah dibentuk.
7. Letak kacang sebagai hiasan.
8. Sapu lagi kuning telur diatas kacang tadi.
9. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak. (mengikut keadaan oven masing-masing.)
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment