Friday, February 8, 2013

Kek Coklat Tanpa Telur / Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum
hello people.. hari ini adalah hari yg gloomy dimana langit menangis tidak berhenti dan saya demam..yes demam. Dan percaya atau tak saya menaip dengan menggunakan satu tangan sahaja sambil baring melepek diatas sofa.. hari yang sungguh dingin dan x larat etc, kalau cerita sampai esok x habis..
tapi x larat x larat ni lah sebok nak update resepi (sempat aje mampu aje) cuba kalau time sakit mcm ni kena buat assignment, (x larat lah pening lah tapi main game larat je -_- )

ok berbalik kepada tajuk post ni, kek coklat tanpa telur. ya. rasa2 nk buat kek dengan semangatnye ke dapur tapi malangnye telur sudah habis gara2 masak megi taruk telur dan lupa nak beli telur malas juga nak keluar..jangan patah semangat kerana anda ada option lain... resepi diambil dari blog kakak ni tapi bila cari balik x jumpa dan gara2 malas nak cari kat history.. search nya semalam.. buat pun petang semalam..  -_- tapi x pe.. kredit kepada kakak empunya resepi..cayalah memang sedap..lembut, moist..(puji secara berlebihan)

Kek Coklat tanpa telur

Bahan A
1 cawan tepung gandum *
1/3 cawan serbuk koko *
1 sudu kecil serbuk penaik *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat *
1/4 suduu kecil garam *

Bahan B
3/4 cawan gula icing
1/3 cawan minyak masak
3/4 cawan nescafe 'o panas (pastikan betul-betul panas)
1/3 cawan susu dutch lady chocolate
1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil cuka

Attn: Ayak bahan-bahan bertanda *

sebelum itu, sediakan loyang yang kecil je sebab adunan ni sikit je x banyak.. sapu minyak pada loyang..
panaskan oven pada suhu 170 - 180 darjah Celsius mengikut kepanasan oven anda ye.. panaskan 10 minit

Cara-cara: Tidak perlu menggunakan Mixer, yeay!

1. Setelah kesemua bahan A di ayak, masukkan gula icing. Kacau rata.
2. kemudian, masukkan minyak masak, nescafe o' panas tanpa gula, susu chocolate dutch lady, dan esen vanilla ke dalam tepung. Kacau ikut putaran jam atau secara clockwise menggunakan spatula atau apa2 sahaja yang bersesuaian. Apabila telah sebati, (jangan over mix ye)
3. Tapis adunan tersebut ke bekas lain menggunakan penapis.
4. Masukkan 1 sudu kecil cuka dan cepat2 kacau biar sebati ya... ingat cepat, but be careful, don't spill it ya
5. Masukkan adunan ke dalam loyang, bakar pada suhu 170 ke 180 darjah Celsius selama 30 ke 35 minit. Juga bergantung kepada oven anda. cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum.
6. setelah siap, sejukkan semalaman baru taruk chocolate ganache jika mahu ye.. i makan plain je uols, cooking choco pun habis dah, bila nak pi beli ni woiiiii




kecik je.. kalau yang anak ramai, boleh la buat 2 3 bancuhan..heehehe

kek ni kurang manis, jadi kalau dihidangkan dengan chocolate ganache memang kene sangat lah ni tabur pulat coklat urai/chocolate rice memang sedap! nyumss...
siapa penah makan kek twiggies keluaran gardenia? rasa dia ada iras2 kek twiggies.. sedapnyaaa...

info: fungsi cuka adalah untuk menaikkan kek tu supaya dia naik cantik apabila dibakar.. sedap uols.. must try.. thanks and Good Luck!

jangan risau untuk mencuba, kalau ikut measurement yang betul, mesti jadi punya! :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...