Sunday, April 21, 2013

Karma's coming after you baby...

Assalamualaikum..

"Once you’ve lived a little you will find that whatever you send out into the world comes back to you in one way or another. It may be today, tomorrow, or years from now, but it happens; usually when you least expect it, usually in a form that’s pretty different from the original. Those coincidental moments that change your life seem random at the time but I don’t think they are. At least that’s how it’s worked out in my life. And I know I’m not the only one.” 
― Slash, Slash

This is what slash said, whatever you give out to people, it will eventually comes back to you, u may not know whether its today, or tomorrow, sooner or later karma will pay its price...  

ok, dah2 la speaking London...

aku nak ceritakan sebuah cerita yang bertajuk, Karma telah erbayar dengan sendirinya.
Ya, nama tajuk cerita sahaja sudah membosankan, tapi x pe, intipatinya tetap menarik.. haha!

So let's start with the story.

Ada seorang lelaki, mari namakan dia sebagai H. H merupakan seorang kawan lama kepada P. Mereka berkenalan semasa di bangku sekolah lagi. Pusat Tuisyen Martin adalah permulaan titik tolak perkenalan mereka. They used to like each other. But beforehand, dia telah pun bercinta dengan teman P yang bernama N. semasa H bercinta dengan N, H telah mencurangi N dengan berpegangan tangan dengan seorang lagi teman P yang bernama R. Maka, berlakulah konflik diantara mereka bertiga. Apabila konflik itu telah reda, dimana N telah memutuskan hubungannya dengan H, maka, H pula berkenalan dengan P. Dari situ, H menunjukkan minatnya terhadap P.. namun, perkenalan diantara dan H dan P berlalu dengan pantas. Mereka tidak lagi menghubungi antara satu sama lain.

Setelah 5 tahun H dan P tidak berhubung, tiba-tiba pada satu hari, H telah menghubungi P. P mengangkat panggilan telefon yang tertera nombor yang langsung tidak dikenalinya. P menjawab panggilan telefon itu dengan penuh tanda tanya. Rupa-rupanya, itu adalah panggilan dari telefon H. P berasa hairan, kenapa secara tiba-tiba sahaja H menghubunginya kembali? Tanpa berperasangka buruk terhadap H, P menganggap penggilan telefon itu hanyalah sekadar mahu bertanya khabar setelah sekian lama tidak bersua muka.

Semenjak dari itu, H kerap menghubungi P. Hampir setiap hari, ada saja pesanan ringkas dari H. Akhirnya, hati mereka bertaut kembali. H dan P saling menyukai antara satu sama lain. Pada suatu malam, H membuat keputusan untuk datang berjumpa dengan P. P berasa agak teruja dengan kehadiran H. Almaklumlah, setelah sekian lama tidak bersua muka. H kelihatan amat tampan berkaca mata. H tidak seperti dulu, kurus, kering, kepalanya botak, kulitnya agak gelap.Badannya yang suatu ketika dahulu kurus kering kini dipenuhi otot-otot gagah.  Kulitnya cerah dan rambutnya terpacak-pacak mengalahkan rambut Ashton Kutcher. H telah banyak berubah. Mungkin masa telah mematangkan H.

Di dalam kereta, H mula menceritakan perkembangan terbarunya kepada P. P kelihatan tertarik sekali mendengar perubahan-perubahan yang telah berlaku di dalam hidup H.  Mengenai keluarganya sehinggalah bekas kekasihnya L. Terpancar riak wajah kekecewaan H apabila bercerita tentang bekas kekasihnya yang telah menyulam cinta bersama dengannya selama 4 tahun. Mana mungkin mudah untuk H melupakan bekas kekasihnya, L. Cerita H, banyak pengorbanan yang telah dilakukannya, tetapi L tetap meninggalkannya. Bukan itu sahaja, malah telefon bimbit H juga diambil oleh bekas kekasihnya. P berasa simpati atas apa yang terjadi di antara H dan juga bekas kekasihnya L. 

Sesudah makan malam di sebuah restoran, H menghantar P pulang. Hubungan mereka tidak terhenti disitu sahaja, H dan P terus berhubung melalui telefon bimbit. Pesanan ringkas lazim dihantar. Maka, terbit rasa suka. Si P bertanya kepada H, adakah H benar-benar menyukainya? sayang padanya? H berkata sejak dari bangku sekolah lagi dia telah ada hati dengan P. dan H mengakui yang dia menyayangi P. P mula memanjatkan rasa syukur. Kerana doanya telah termakbul. P yakin, H mungkin yang terbaik untuknya. 

Setelah beberapa bulan, H mula menunjukkan sikap peliknya. Dia tidak lagi menghubungi P. P berasa hairan. Setelah beberapa minggu tidak berhubung, P mula melakukan penyelidikan. Setelah diselidik, P mula berasa curiga. Besar kemungkinan H mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya L. P dengan beraninya, menghantar 'friend request' kepada L. Setelah itu, penyelidikan P menjadi lebih mudah. Setelah diselidik, rupa-rupanya benarlah H memulakan semula hubungan istimewanya dengan L. 

Tidak lama selepas itu, L menghantar mesej kepada P melalui facebook. L bertanya adakah P teman wanita H. Lalu P menjawab, tidak, tetapi P dan H mempunyai sesuatu yang istimewa bersama. P bertanya kepada L adakah L teman wanita H. L menjawab dengan penuh keyakinan bahawa dia adalah teman wanita H. Mereka mula menyulam kembali cinta pada hujung Februari yang lepas. P mengundurkan diri. Sakitnya hati P hanya Tuhan yang tahu. P tidak menyalahkan L, tetapi P berasa marah dan kecewa terhadap sikap H. P mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan H.

Selepas sebulan, P mendapat tahu H telah meninggalkan L atas alasan H tidak nampak muka L di dalam mimpinya sesudah membuat solah istikharah. L mula menceritakan tentang perhubungannya bersama H. Setelah P dan L mula bercerita, akhirnya banyak penipuan yang telah dilakukan oleh H. H menyulam cinta kembali dengan kekasihnya L pada hujung bulan Februari, tetapi H masih lagi berjumpa dengan P pada awal bulan Mac. P dan H masih lagi saling berhubung antara satu sama lain walaupun ketika itu H telah pun menyulam cintanya kembali dengan L.

L berasa kesal dan memohon kemaafan dari P. P pula tidak menyalahkan L seratus peratus dalam hal ini. H yang sepatutnya bertanggung jawab atas apa yang terjadi. Semoga H diberi kesedaran atas apa yang telah dilakukannya.

Thanks. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...