Monday, February 4, 2013

Spaghetti Bolognese Recipe

Assalamualaikum

Hello people.. Harini, i nak share recipe lagi.. Spaghetti Bolognese.. Resepi ihsan dari Mok Su Alia :) Thanks Mok Su Alia.. Sedap ok, cukup segala rasa! so basically, resepi dia tiada sukatan yang tertentu, yang penting confident! dan relevant, yela, kalau nak masak untuk 2 orang makan, x kan nak guna 10 biji bawang besar 3 tin prego ye dak? si, ikut lah kerelevant-an anda, ikut instinc dan bak kate chef Florence kita, kita masak mesti mau rasa cukup ke tak garam semua ya! Just don't be afraid of trying, it's worth trying darling, better than never!

Bawang Besar/Bawang Merah atau dalam bahasa omputeh Shallot  4/5/6 biji (didadu sekecilnya)
Bawang putih 3/4 ulas (ditumbuk bersama halia)
Halia 1/2 inci(ditumbuk bersama bawang putih)
Cili Kisar 2 ke 3 sudu besar (Optional kalau nak pedas)
1 botol kecil Prego Fresh Mushroom(Color Hijau)
Sos Cili 4 sudu besar
Ayam Kisar 1 tiub
cendawan butang dalam tin (di Hiris)
15 ke 20 biji lada hitam (dicuci, ditumbuk halus, dengan cara ini, rasanya lebih umph!)

dan of course, Spaghetti noodles (i guna angel hair sbb mee lebih halus dan rasa kuah occupied the noodles)
spaghetti noodles shall be boiled with 1 or 2 or 3 spoon of cooking oil to prevent the noodles from stick to one another. rebus sehingga mee masak, cara nak tahu dah masak ke belum, ambik sehelai mee tu, cuba gigit sikit, lembut tak.. hahahhaa! selain itu, boleh jugak bahagi 2 mee tu, tengok kat tengah titik putih tu besar ke tak.. i will know it when u boiled it... so just do it in order to learn... :) dah siap, tapiskan dan ketepikan

Cara-cara:
1. Tuang minyak secukupnya kedalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama. minyak x panas x pe, as long as ada minyak dan kuali tumis la sampai naik bau.kalau minyak terlalu panas, dikhuatiri akan cepat hangus ya.

2. masukkan bawang merah yang didadu sekecilnya. tumis sehingga naik bau dan bawang tersebut lutsinar.

3. setelah itu, masukkan cili kisar jika mahu, tumis sampai naik minyak. kalau x nak letak cili kisar, skip langkah ini.

4. Masukkan sebotol kecil Prego Fresh mushroom. Kecilkan api kerana masa ini prego akan meletus2 dengan hebatnya. (Letih la nak membersih nt ye kalau api sebesau alam..

5. masak sehingga bau Prego Satu rumah, atau lebih senang, naik bau nya. harum semerbak...

6. Masukkan sos cili. kacau perlahan. Kemudian, masukkan ayam yang telah dikisar. Jangan risau jika frozen minced chicken anda berketul seperti batu. Keluarkan dari peti sejuk, rendam dalam air jap, kemudian, keluarkan dari tiub, potong kecil guna pisau, ini akan memudahkan proses peleraian di antara daging ayam tersebut -_- 

7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. kacau sehingga ayam berketul itu telah terlerai. kemudian, masukkan cendawan butang yang dihiris. Kacaul perlahan dengan api sederhana sehigga ayam masak.

8. Akhir sekali masukkan lada hitam ditumbuk halus. kacau perlahan lagi sampai terbit bau lada hitam tu..nyummsss

9. setelah itu, jangan cepat2 tutup api, rasa dulu, cukup rasa ke tak..

10. kemudian, tutup api dan makan...








yes itu dia...nyumss

selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...