Sunday, March 20, 2011

20 march 2011

3.50 petang.. kulihat formasi rintikan hujan yang hinggap di tingkap.. dingin.. nyaman... sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, cantik indah sekali. 
...........................................................................
aku berfikir, jahat kah aku? 
..........................................................................
terkadang aku berfikir, dan aku rasa bersyukur kerana aku tidak membuat keputusan terburu-buru kali ini.. keputusan yang dibuat atas dasar kewarasan hati dan fikiran.. aku bersyukur kerana aku tidak terus memberi peluang kepada sesiapa pun, walaupun aku tahu niat mereka ikhlas, aku cuba bersifat neutral dalam segala jua keadaan dengan harapan aku tidak akan kecewa.. ya aku tidak kecewa.. tapi insan lain yang kecewa.. bukan aku sengaja untuk melukakan hati sesiapa.. maafkan aku.. sekarang kau tahu siapa aku.. dari awal perbincangan kita.. aku boleh mengagak, perkara ini yang akan terjadi.. kerana hal ini, aku tidak mahu hubungan istimewa itu.. kerana hal ini juga membuat aku belajar untuk bersifat neutral dalam semua keadaan.. ya.. aku belajar.. aku belajar dari kesilapan dahulu.. dan kini masa untuk kau belajar, jangan kata kau fobia cinta.. jadikan semua itu pengajaran untuk kau.. supaya kau lebih berhati-hati memilih siapa untuk berada disisi engkau..jangan semata-mata kerana kau suka.. kerana suka akan buat kau duka.. jangan kerana istimewa, kerana istimewa akan buat kau merana..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...