Tuesday, October 26, 2010

setiap manusia berlainan perasaan, cara dan kelakuan.. semua ini yang mencorakkan dan mewarnai kehidupan..

today i've learn something that i will never forget..dalam hidup ni..kita hadapi pelbagai jenis karenah manusia..pelbagai jenis perangai! yang suka mengamuk,suka memaki, ada yang suka bergurau senda, ketawa, melawak.. ada juga yang berperangai pelik! haha.. tapi dengan perangai-perangai inilah yang mewarnai kehidupan kita..tanpa orang-orang yg sebegini, kehidupan kita mungkin kosong! tanpa orang-orang yang menceriakan hidup anda.. tanpa orang-orang yang membenci anda.. anda tidak akan pernah kenal erti kehidupan sebenar..

orang membenci kita..orang suka kita..orang menangis pada kita.. semua ini telah mengajar aku erti kehidupan sebenar.. mengajar aku untuk tidak lagi bersikap keanak-anakan, dan sentiasa menjadi diri sendiri.. semua ini mengajar aku untuk bertindak wajar dan sesuai mengikut keadaan.. mengajar aku untuk berfikiran lebih matang dan sentiasa berfikir sebelum bertindak..mengajar aku untuk membezakan mana kaca dan mana permata.. bukan maksud aku memilih! tetapi membezakan.. aku belajar mengenal manusia disekeliling aku..walaupun kadang kala aku terfikir..kenapa adanya manusia sebegini di dalam hidup aku?haha.. apa yang aku tahu.. setiap yang berlaku..ada hikmah disebaliknya..aku akan selalu berfikiran positif.. dan sentiasa berfikir.. dan sekarang baru aku tahu.. apa yang aku praktikkan dalam writing tu boleh juga diguna pakai konsepnya.. writing requires 90% of thinking and 10%of writing.. we can always use this kind of concept in our daily life.. it requires 90% of thinking and 10% of action.. think about it =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...