Friday, August 30, 2013

Resepi Kuih Lompang



Recipe courtesy of My Resepi

i adjust sikit ingredient dia

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • Kicap Manis 1 sudu besar
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap dalam 5 minutes


Cara-cara

  1. satukan gula merah dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati. Masukkan kicap manis.
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

*Kicap manis digunakan supaya warna kuih lompang cantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...